Hahh!!? - " Izwan pilus meninggal dunia "




Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.


Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.


Sumber - kosmo 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?