Tahukah anda!!? - " Pembinaan Stonehenge "


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.
 

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina.









Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.


Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.
 

Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.
 

Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.
 

Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
 

“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
 

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.
 

Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?