Gila!!? - Wanita Minta Cerai Nyaris DIGORENG




Gara-gara meminta cerai daripada suami warga Bangladesh, seorang wanita cedera di tangan ketika cuba mengelak tikaman lelaki berkenaan yang menyasarkan dadanya manakala kepalanya nyaris ‘digoreng’ dalam minyak panas dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Selatan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, wanita berusia 25 tahun terbabit berada di rumah apabila suaminya yang berusia 30-an pulang.

Menurut sumber, selepas memaki-hamun mangsa, lelaki terbabit bertindak ganas dengan cuba menikam dada mangsa dengan pisau, tetapi wanita itu mengelak menyebabkan tikaman terbabit mengenai tangan kanannya.


Geram tikamannya hanya terkena tangan, lelaki itu menarik rambut isterinya dan cuba menolak kepala wanita itu ke dalam kuali berisi minyak panas di atas dapur namun mangsa berjaya melepaskan diri,” katanya.

Mangsa melarikan diri dari rumah dan ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?