Gila!!? - Curi 860 Seluar Dalam Wanita Sepanjang 2 Tahun


Sebuah mahkamah di sini diberitahu, polis menemui 860seluar dalam wanita daripada seorang lelaki yang mencurinya di ampaian.

Petani, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, mencuri seluar dalam itu sepanjang tempoh dua tahun.

Mahkamah menjatuhkan hukuman melarang dia keluar waktu malam selama enam bulan ke atasnya kerana kesalahan itu.

Ketika dia ditangkap dan diarah menukar pakaiannya, polis mendapati dia memakai seluar dalam wanita biru.

Wilde yang ditahan selepas dilihat berkelakuan ganjil di jalan raya di Welshpool, mengaku dia memerlukan bantuan ketika disoalsiasat oleh polis.

Seorang pemilik rumah menelefon polis selepas melihat lelaki itu membawa lampu suluh dan tiga seluar dalam wanita. Sebahagian seluar dalam yang ditemui itu milik wanita tua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?