Masjid Cologne Central yang kini dalam pembinaan dikatakan bakal menjadi salah sebuah masjid terbesar di Eropah.
Dibina dan diuruskan oleh Organisasi Muslim Jerman, ia akan menjadi masjid utama (central mosque) di daerah Cologne, Jerman
Pihak yang mewakili Pro-Cologne telah menentang pembinaan masjid tersebut kerana dikatakan ia akan memberi kesesakan yang teruk di bandaraya tersebut.
Namun, tentangan tersebut tidak berpanjangan.
Ahli Majlis Bandaraya Cologne yang bermesyuarat pada 28 Ogos 2008 telah meluluskan pembinaan masjid tersebut.
Menerapkan nilai senibina zaman Ottoman, masjid itu bakal mempunyai dinding kaca, dua menara setinggi 55 meter dan kubah kaca.
Ditingkat atas dilengkapi dengan ruangan solat serta sebuah perpustakaan.
Berkeluasan seluas 48,000 kaki persegi, kos pembinaan masjid tersebut mencecah £15–20 juta.
Dana pembiayaan masjid itu ditanggung bersama oleh Diyanet Isleri Turk Islam Birligi (DITIB), agensi penguatkuasa agama kerajaan Turki, pinjaman bank, serta sumbangan daripada 884 persatuan Muslim.
Arkitek masjid tersebut, Paul Bohm adalah salah seorang pakar arkitek gereja di negara itu.
Sebuah terowong akan dibina di tengah-tengah masjid itu untuk menyambungkan dua tingkat sekaligus mewujudkan suasana yang tenang.
unik...
ReplyDelete