Tahukah Anda!!? - Lima Telefon Bimbit Yang Popular Ketika Dahulu



Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.

5. Nokia 3210


Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

4. Ericsson T10


Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!
3. Nokia 8210


Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110


Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.



-Sumber-

5 comments:

  1. Nokia 3210 phone yng paling berat aq pernah guna!!! Boleh benjol kepala kalau kena... huhu

    Kalau free singgah le~
    Amaran | Fenomena Laut Merah di Perairan Labuan
    Video| Serangan Tentera Malaysia Di Lahad Datu
    Laman Web dari Filipina kena Hack!

    ReplyDelete
  2. Fakta yg salah, satu dunia tau yg Nokia 3310 adalah lagend sblm versi butterfly

    ReplyDelete
  3. Nokia 3310 adalah yang versi yang terbaiik ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....

    Handphone pertama yang saya miliki ialah Alcatel yang hampir seluas tapak tangan saiznya, kemudian barulah dapat beli 3315. Itupun ambil jangka masa yang lama nak beli guna duit sendiri. Beli guna duit gaji pertama bekerja.

    Sekarang guna telefon Nokia110. Hp ni boleh rakam gambar & video, boleh on internet, ada bluetooth, ada memori card dan menyokong aplikasi java. Dengan hp ni juga menjadi salah satu alat untuk saya cari rezeki dengan mengambil gambar makanan untuk dibuat cetakkan menu untuk gerai di pasar tani.

    *************************

    BIOCERUM - Rejuvenate Signature Course

    Pakej Tutorial SPM

    Rahsia Bisnes Tudung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?