Trajedi!!? - Tubuh Bayi Terbakar 4 Kali


Seorang bayi lelaki berumur tiga bulan di India melecur teruk selepas ibu bapa mangsa mendakwa sebahagian tubuhnya terbakar secara spontan sebanyak empat kali sejak lahir.

Menurut ibunya kepada DailyMail, Rahul pertama kali mengalami keadaan itu ketika dia berumur sembilan hari.

Susulan daripada kejadian misteri tersebut, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi di Chennai dan disahkan melecur tahap 10, minggu lalu.


Ketua pediatrik, R Narayana Babu berkata, bayi tersebut kini stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian.

"
Keadaan ini mungkin berlaku akibat tindak balas gas ke atas kulitnya. Bagaimanapun, puncanya sukar dikenal pasti kerana Rahul tidak mempunyai sebarang rekod perubatan," jelasnya lagi.

Sementara itu, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk memaklumkan mereka akan menjalankan kajian untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada penyakit keturunan.

2 comments:

  1. tai budaknya amsih hidup ya

    ReplyDelete
  2. How to get to Wynn Las Vegas in Las Vegas by car from
    Directions to Wynn Las 포천 출장안마 Vegas (LAS) with public transportation. The following transit 제주도 출장샵 lines have routes 충주 출장마사지 that pass near 청주 출장안마 Wynn Las 동두천 출장샵 Vegas and

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?