Tahukah Anda!!? - Siapakah Pencipta Television Pertama





Orang yang bertanggungjawab membuat televisyen ialah John Logie Baird (13 Ogos 1888 – 14 Jun 1946) ialah merupakan seorang (engineer) jurutera berbangsa Scotland yang terkenal kerana mencipta sistem televisyen berfungsi yang pertama, dan juga siarantelevisyen warna pertama elektronik sepenuhnya di dunia.

Biarpun sistem TV elektromekanik ciptaan Baird sudah diganti oleh sistem elektronik sepenuhnya (seperti ciptaan Vladimir Zworykin dan Philo Farnsworth), namun pencapaian awal beliau iaitu membuat demonstrasi siaran televisyen dan TV warna dan sinema meletakknya di kalangan tokoh-tokoh tersohor penciptaan televisyen.


Cakera Nipkow.

Namun sebelum itu, pada tahun 1884 , Paul Gottlieb Nipkow, seorang penuntut universiti berusia 20 tahun di Jerman, telah mematenkan sistem televisyen elektromekanik yang menggunakan sejenis cakera pengimbas berputar yang ditebuk lubang-lubang yang membentuk lingkaran ke pusat untuk proses perasteran. Lubang-lubang cakera dijarakkan bersudut sama agar cakera tersebut dalam satu putaran dapat membolehkan cahaya melalui setiap lubang hingga mencapai pengesan buatan selenium peka cahaya yang menghasilkan denyut elektrik. Apabila imej difokuskan pada cakera yang berputar, setiap lubang mengimbas “sehiris” mengufuk dari seluruh imej.

Rekaan Nipkow tidak dapat dipraktikkan sehingga kemajuan dalam teknologi tiub penguat dicapai pada tahun 1907. Walaupun demikian, ciptaan tersebut hanya berguna untuk memancarkan gambar “hafton” pegun yang terdiri daripada bintik-bintik pelbagai saiz yang terjarak sama rata, melalui talian telegraf atau telefon. Rekaan-rekaan selanjutnya menggunakan pengimbas gelendong cermin berputar untuk merakam imej, dan tiub sinar katod (CRT) sebagai peranti paparan, namun gambar bergerak masih tidak boleh dihasilkan kerana kepekaan pengesan selenium yang tidak memadai.
Di awal tahun 80an, (kalau tak silap).

Dulu setiap rumah yang mempunyai radio dan TV diwajibkan membayar lesen tv, dalam RM 24 setahun. Kena ditunjukkan kat dinding macam lesen perniagaan. Siap ada peringatan di suratkhabar pada masa itu kalau tak ada lesen tv, peralatan tv dan radio akan dirampas. Penguatkuasa akan datang rumah ke rumah (takda pun datang rumah).


Mula lah orang kampung gelabah sorok tv bawak katil lah, tutup dengan kain lah macam-macam lagi lah. Tapi pada tahun 1994, lesen tv ini telah dimansuhkan. Laa nie, kita sendiri yang cari penyakit sibuk bayar bil astro yang seratus lebih sebulan boleh pulak bayar. Sebenarnya masih ada lagi negara yang mewajibkan lesen tv ini, dan yang bagusnya kurangnya iklan diletakkan dalam siaran televisyen itu.



-Sumber-

3 comments:

  1. alhamdulilah.... tahu juga akhir nya benda macam nie.../

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.... tahu juga akhir nya benda macam nie.../

    ReplyDelete
  3. Watch Urdu dramas online in Pakistan and India it is the most interesting story now a days.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?