Hurm!!? - Penyelidik Hasilkan Peta Lokasi Kapal Titanic





Sekumpulan penyelidik buat kali pertama menghasilkan peta di kawasan serpihan bangkai kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.

Mereka berharap peta itu dapat memberi petunjuk baharu tentang apa yang berlaku semasa kapal tersebut karam di dasar Lautan Atlantik selepas terlanggar bongkah ais.

Ekspedisi pemetaan itu yang diadakan pada 2010 melibatkan pelbagai pihak termasuk pemegang hak bangkai kapal Titanic, syarikat RMS Titanic Inc., Institusi Oseanografi Woods Hole di Massachusetts dan Institut Waitt.

Pasukan ekspedisi berkenaan menggunakan teknologi sonar dan beberapa buah robot kawalan jauh untuk merakam lebih 100,000 gambar di sekitar lokasi kapal Titanic itu.

Peta itu turut menunjukkan beratus-ratus objek dan serpihan kapal Titanic di dasar laut sekitar 600 kilometer ke selatan Newfoundland, Kanada.

Kapal Titanic karam ketika dalam pelayaran pertama dari England menuju ke New York pada 15 April 1912 menyebabkan lebih 1,500 orang maut. 


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?