Trajedi!!? - Wanita Mengandung Tercampak (VIDEO)



Kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak Caltex di Brisbane, Australia bulan lalu.

Wanita mengandung yang ‘
seksi’ ini sedang mengisi minyak dalam kenderaannya.

Entah kenapa tiba-tiba pasangannya yang juga pemandu kereta itu mengambil keputusan untuk memecut kenderaan mereka ketika minyak sedang diisi.

Ini menyebabkan wanita mengandung itu ‘
melambung’ kerana tersangkut pada hos minyak berkenaan.

Hos itu juga tercabut hingga menyebabkan minyak melimpah keluar.

Difahamkan pemandu itu rupanya panik apabila seorang atendan stesen minyak itu hendak memeriksa nombor plat kereta berkenaan.

Polisi stesen minyak di sana yang hanya mengambil wang daripada pelanggan setelah minyak diisi menyebabkan ada yang mengambil kesempatan untuk ‘cabut’ begitu saja selepas berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?