Pelik!!? - Curi Mayat Ayah Simpan Dalam Peti Sejuk Dan Dengan Harapan Hidup Kembali



Seorang lelaki yang didakwa mencuri mayat bapanya dari sebuah tanah perkuburan di sini dengan harapan menghidupkannya kembali, mengaku bersalah atas dakwaan itu bagi mengelak hukuman penjara.

Vincent Bright, 48, mengaku bersalah mencuri dan memindahkan mayat dijangka mendengar keputusan hukuman ke atasnya dibacakan 24 September depan.

Dia nampaknya menyedari kesalahannya dan mengakui kesalahannya, kata peguambela Gerald Karafa.



Boleh dipenjara 10 tahun

Beliau berkata, sebagai pertukaran pengakuan bersalah, Bright akan diberikan tempoh percubaan untuk jangka masa tertentu. Hakim turut membenarkan bright dibebaskan dengan ikat jamin.

Penilaian ke atas hukuman awal akan menentukan tempoh percubaan yang dikenakan ke atas Bright, katanya.

Seseorang yang disabitkan bersalah memindah atau mencuri mayat boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara. 

Laporan daripada dokumen mahkamah menyatakan, Bright mencuri mayat ayahnya Clarence, 93, dari tanah perkuburan Gethsemane 14 Januari lalu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumahnya.

Pemeriksaan mental

Polis yang mendapat maklumat daripada salah seorang keluarganya, menjalankan siasatan di rumah terbabit dan menemui mayat berkenaan di Bright, di timur Detroit.

Polis berkata, Bright adalah seorang yang taat kepada agama dan dia mengambil mayat ayahnya dengan harapan dapat menghidupkannya semula.

Pendakwa yang mengarahkan dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental dimaklumkan bahawa lelaki itu sihat dan bersedia untuk menjalani perbicaraan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?