CooL!!? - Robot Kaligrafi Tulisan Jepun



Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut.

Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi.

Rekaan aneh berkenaan dicipta oleh Profesor Seiichiro Katsura dari Universiti Keio, Tokyo.

"
Apabila anda memegang berus, robot ini akan membantu anda menulis kaligrafi," kata pembantu Katsura, Ayaka Matsui.

Dia berharap rekaan berkenaan dapat membantu mengajar generasi muda Jepun untuk menguasai kemahiran kuno yang semakin dilupakan itu.

"
Proses memindahkan ilmu melalui tangan biasanya memakan masa yang lama, teknik betul dan pengalaman. Dengan robot ini, proses itu menjadi lebih cepat dan efisien," kata Katsura

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?