Huhh!!? - "Nenek Hidup Kembali Keluar Dari Keranda "





CHINA Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.



Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.
Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

Berita!!? - " Cipta pesawat di atas bumbung rumah "





KAMPUNG XIAHE
,China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters


-Sumber-

Cinta!!? - " Gadis Di Bakar sebab Tolak Cinta "






CHINA
– Seorang remaja cantik terbakar hampir 30 peratus tubuh badannya selepas dibakar oleh seorang lelaki akibat dia menolak pelawaan cinta dari lelaki tersebut.

Zhou Yan, 17, yang dibakar di dalam bilik tidurnya oleh Tao Rukun pada September tahun lalu menanggung derita akibat kesan terbakar itu terutamanya di sekitar kepala, leher dan dada.

Yan terpaksa menerima rawatan rapi selama beberapa bulan di hospital kerana berada dalam keadaan kritikal tetapi dibenarkan pulang setelah keadaan dirinya kembali stabil.

Menurut ibu Yan, Li Chong, perkara yang menyebabkan anaknya menerima derita itu selepas Rukun mempelawa anak gadisnya itu menjadi teman wanitanya tetapi ditolak mentah-mentah kerana mereka berdua masih belajar selain Yan langsung tidak mempunyai perasaan kepada Rukun.

Hahh!!? - " Gambar Bogel Majalah Playboy Lindsay Mencatat Sejarah "






Majalah Playboy yang memaparkan gambar bogel Lindsay Lohan telah memecahkan rekod penjualan tertinggi dalam sejarah.

Sehingga kini belum ada laporan mengenai jumlah yang dicatatkan tapi yang pastinya taukehnya, Hugh Hefner sendiri telah mengesahkan melalui akaun Twitter rasminya;

The Lindsay Lohan January-February Double Issue is breaking sales records"
Berkonsepkan bintang terkenal Hollywood, mendiang Marilyn Monroe, gambar kulit depan majalah itu memaparkan Lindsay beraksi duduk bersahaja di atas sebuah kerusi dan tubuhnya hanya ditutup dengan patung arnab, ikon majalah tersebut.

Kulit depan majalah itu juga berlatar belakangkan warna merah terang di mana Lindsay turut memakai gincu berwarna merah dibibirnya, seolah-olah meniru warna gincu yang dipakai oleh bintang ‘simbol seks’ terkenal di era tahun 50’an itu.

Terbaik!!? - " The Walking Dead In Real Life "





Hurm!!? - " Gadis Ini Tidak Buang Make Up Selama 2tahun"




Kerana suka dengan wajah cantik dan inginkan kecantikannya kekal, seorang gadis korea ini memakai alat solek semalam hampir 2 tahun tanpa membuangnya, sehinggalah atas desakan ibu, keluarga serta doctor, gadis ini membuang make up nye ternyata wajahnya kini nampak 2 kali lebih tua daripada wajah asalnya

What!!? - " Hari Tanpa Seluar Di Taiwan dan Hong Kong"













Terbaik!!? - "Rekod Dunia imbang 23 Bangku Kayu"

                             





Hahh!!? - " Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan "







Seorang wanita Brazil baru selesai bekerja. 


Dah jadi trend dunia dah prank2 orang.
Separuh mati wanita ni.
Meh, kita layan Video ni..

Huhh!!? - " Kerusi Urut Mempunyai Tangan "






Berita!!? - " Budak Ditikam Bertubi - Tubi "






BARAM
: “Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya.

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.

“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.

Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.

Tahukah Anda!!? - " Artis Jepun Tanam Pokok Pada Buku Komik Lama "



Jepun sememangmya pengeluar komik manga, dah tentu banyak buku komik-komik lama yang terbiar. Seorang artis dari jepun memanfaatkan komik lama tersebut dengan bercucuk tanam pada komik tersebut. Bunyinya mungkin pelik tapi korang tengok la sendiri.




Manga Jepun yang paling bersiri dan disiarkan dalam antologi mingguan atau bulanan, majalah kertas biasanya tebal yang sering dibuang oleh pelanggan selepas membaca kerana tidak mempunyai ruang di rumah untuk menyimpan.





Kawachi menerangkan Pertanian Manga sebagai seni di mana anak benih sayur-sayuran ditanam di halaman buku manga lama, diletakkan di atas piring dan air diberikan.

Anak benih ditanam seperti penanda buku pada halaman yang meninggalkan kesan kepada pembaca dan ditanam sebagai perwakilan visual adegan yang mendalam paling dengan mereka.

Lagi Gambar..

What!!? - " Seluar Dalam Queen Victoria Dilelong RM45,938 "








SEHELAI seluar dalam sutera milik Permaisuri Britain, Queen Victoria bejaya dilelong dengan harga 9,375 pounds (RM45,938).


Sebuah lukisan permaisuri bersama pekerjanya berbangsa Scotland, John Brown juga berjaya dijual pada harga 145,250 pounds (RM711,725) di Rumah lelongan Lyon & Turnbull Edinburgh.

What!!? - " Kereta Steve Jobs Tiada No. Pendaftaran"






SELAMA bertahun-tahun, ramai pihak mempersoalkan adakah pengasas syarikat gergasi komputer Apple, Steve Jobs mendapat kelebihan tertentu dari pihak berkuasa Carlifornia? Atau beliau sengaja mencabar pihak berkuasa menahannya?

Ini kerana kereta Mercedes SL55 AMG berwarna silver milik mendiang Steve Jobs dilihat tidak memiliki nombor pendaftaran selama bertahun-tahun.

LOL!!? - " Adakah Wanita Ini Sedang Berbogel!!? "




Berita!!? - " Dangi Lelaki Paling Pendek Di Dunia "









KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.

"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua PengarangGuinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.

Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

-Sumber-

Terbaik!!? - "Awek Bertudung VS Awek Tidak Bertudung "




-Sumber-

Huhh!!? - " He Makes Full Body Tattoo Disappear "





Terbaik!!? - " Tatoo Jenis Realistik "






Hurm!!? - " Perbezaan Lelaki Dan Perempuan "





Hahh!!? - " Melukis Dengan Kotoran Cawan Kopi "


    Artis daripada Malaysia, Red Hong (nama sebenar beliau adalah Hong Yi)





What!!? - " Lukisan Dijangka Dilelong Rm120 juta "



      LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei  depan,
      dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta.


NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS

-Sumber-

Huhh!!? - " Susun Baju Dengan Cara Kreatif "





-Sumber-

LOL!!? - " Suara Merdu Tapi Menyeramkan "






Berita!!? - " Nekad berjalan kaki ke Mekah "







Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.
Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.


"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.


"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.


Tahukah anda!!? - " Pembinaan Stonehenge "


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.
 

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina.









Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.


Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.
 

Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.
 

Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.
 

Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
 

“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
 

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.
 

Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England

Terbaik!!? - " Seni Dari Air Osaka Station "





Berita!!? - " Boleh bertutur banyak bahasa lepas kemalangan "










BESUT – Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.


“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

What!!? - " Pertandingan Hefei Kissing "



18 Feb, lebih 50 pasangan muda mengambil bahagian dalam pertandingan mencium di Hefei wilayah Anhui dengan beberapa orang pengsan di tempat kejadian kerana keletihan. Pada akhirnya, beberapa pasangan yang mencium berterusan selama 2 jam dan 43 minit yang memenangi 1 karat berlian cincin bernilai 50.000 yuan yang disediakan oleh penganjur acara.





Sepasang kekasih yang menunjukkan kedudukan kreatif mencium.





Huhh!!? - " Kilang Menjual Alat Ganti Manusia "


Sebuah kilang di Rusia penuaian buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian badan manusia untuk dijual. Badan-badan ini dikutip dari pemandu mabuk yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta, orang yang tinggal bersendirian yang telah dibekukan mati dalam musim sejuk, penjenayah dikenakan hukuman mati atau kematian yang tidak dapat dijelaskan dan badan-badan yang tidak dituntut.

Beberapa bahagian badan dan tulang dijual kepada Universiti dalam pelbagai bahagian dunia. Tulang kaki dieksport ke farmasi di Ireland dan Jerman untuk membuat gigi. Selain daripada Rusia, India juga dikenali untuk menuai bahagian-bahagian manusia untuk eksport .






LOL!!? - " Facebook "





Hahh!!? - " Air Terjun Bergerak Ke Udara "








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?