Terbaik!!? - "Rekod Dunia imbang 23 Bangku Kayu"

                             








Li Hongxiao yang berusia 30 tahun mampu mengimbangi objek dalam mulutnya sejak beliau masih 
kanak-kanak lagi. Li hanya menggunakan gigi untuk memegang 23 bangku kayu dengan jumlah berat 69 kilogram.

"Stuntman" 
China ini telah melepasi semua pencapaian beliau sebelum ini dengan berjaya mengimbangi beban luar biasa selama 11 saat, sebagaimana penonton di daerah Dazu barat daya China seperti tidak percaya apa yang mereka lihat.

Dengan setiap bangku berukuran 1 meter panjang, 45 sentimeter tinggi dan berat pada 3kg, gabungan berat tersebut mencecah 69kg sehingga hampir menyamai berat badan beliau iaitu 75kg.

Li yang berasal dari kampung Tianqiao di Chongqing, mula melakukan 'tarian singa' pada usia lapan untuk mendapatkan wang untuk menyara keluarga beliau. Selepas bertahun-tahun berkerja keras dengan penuh dedikasi, "Stuntman" ini mula untuk memperbaiki prestasi beliau dan pada tahun 2000, beliau mula memegang tiang buluh, tangga dan bangku dengan gigi.

Tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Li. Kali pertama beliau cuba untuk mengimbangi 12 bangku, Li terselamat dengan 18 jahitan pada bibir bawah beliau.

Pemegang Rekod Dunia Guinness sebelum ini hanya mampu menguasai hanya 14 bangku jauh berbeza dari catatan terbaru tidak rasmi Li.


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?