KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki
sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian
sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat
golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda
bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan
dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan
hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii,
namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.
Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali
menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka
‘kemaruk’ meraba lelaki lain.
No comments:
Post a Comment