AMPANG: Selebriti, Azwan Ali, 46, sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas blog peribadinya digodam dengan dialog seolah-olah dirinya menghina kredibiliti polis dengan kata-kata kesat, penghinaan dan lucah.
Beliau mendakwa blog itu sudah tidak aktif sejak dua tahun lalu dan terkejut sebaik dimaklumkan peminatnya di laman sosial twitter mengenai insiden itu.
Azwan yang ditemui selepas memberi keterangan di Balai Polis Bukit Indah, di sini, semalam memberitahu ‘penjenayah siber’ itu mungkin individu sama menggodam laman lawan twitternya dua minggu lalu dan masih berdendam.
“Selepas dimaklumkan peminat mengenai blog saya digodam petang semalam (kelmarin), saya terus memeriksa dan terkejut membaca kandungannya yang menghina polis,” katanya
Untuk pengetahuan Blog Azwan ali di deface dari kumpulan penggodam Macho Cyber Crew dan twitter pula adalah Rileks Crew ok ^__^
Blog Azwan Ali - http://silaserazwanali.blogspot.com/
Twitter - https://twitter.com/AzwanNur
TERBAIK
ReplyDelete