DETROIT : Lelaki warga Nigeria yang digelar pengebom seluar dalam, Umar Farouk Abdulmutallab, 25 mengucapkan Allah Maha Besar ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Ketika menjatuhkan
hukuman itu, Hakim Nancy Edmunds, mengkritik penyokong al-Qaeda itu
kerana tidak menunjukkan rasa kesal dan berkata: `Ini cuma hukuman.’
Abdulmutallab, 25,
tidak bertentang mata ketika beberapa saksi menceritakan bagaimana
serangan yang gagal dilaksanakan itu memberi kesan buruk kepada
kehidupan mereka.
Dalam sesi keterangan
sebelum itu, Abdulmutallab gagal dalam cubaan mengurangkan hukuman
berdasarkan tiada siapa cedera dalam cubaan menjatuhkan pesawat
berkenaan.
Terdahulu, penumpang
dan krew penerbangan Fight 253 dari Amsterdam memberikan keterangan
mengenai saat Abdulmutallab cuba mengaktifkan bahan letupan yang
diseludup dalam seluar dalamnya beberapa minit sebelum mendarat di
Detroit pada Krismas 2009-Sumber- Berita harian
No comments:
Post a Comment