Cinta!!? - " Gadis Di Bakar sebab Tolak Cinta "






CHINA
– Seorang remaja cantik terbakar hampir 30 peratus tubuh badannya selepas dibakar oleh seorang lelaki akibat dia menolak pelawaan cinta dari lelaki tersebut.

Zhou Yan, 17, yang dibakar di dalam bilik tidurnya oleh Tao Rukun pada September tahun lalu menanggung derita akibat kesan terbakar itu terutamanya di sekitar kepala, leher dan dada.

Yan terpaksa menerima rawatan rapi selama beberapa bulan di hospital kerana berada dalam keadaan kritikal tetapi dibenarkan pulang setelah keadaan dirinya kembali stabil.

Menurut ibu Yan, Li Chong, perkara yang menyebabkan anaknya menerima derita itu selepas Rukun mempelawa anak gadisnya itu menjadi teman wanitanya tetapi ditolak mentah-mentah kerana mereka berdua masih belajar selain Yan langsung tidak mempunyai perasaan kepada Rukun.

Selepas mendengar cerita dari Yan, Chong bertindak memindahkan anaknya ke sekolah menengah rendah yang lain untuk mengelak dari bertemu dengan Rukun tetapi usaha itu ternyata tidak berhasil.

Selain itu, disebabkan kejadian itu berlaku, hubungan yang baik terjalin antara keluarga Yan dan Rukun juga turut terjejas di mana keluarga Rukun enggan bertanggungjawab di atas perlakuan anak lelaki mereka.

“Ibu bapa Rukun sangat baik dan sentiasa mengikuti perkembangan Yan sewaktu dia berada dalam hospital tetapi itu semua berubah apabila ibu Rukun memaksa saya menandatangan satu borang rayuan ikat jamin anaknya supaya tidak ditahan dan dibicarakan,” kata Chong yang dipetik dari laporan berita Daily Chilli.

Selepas permintaan itu ditolak oleh Chong, ibu bapa Rukun terus enggan bertanggungjawab dan tidak membantu membayar bil-bil rawatan selanjutnya.

Kesan daripada itu, Yan terpaksa dibawa pulang ke rumah bulan Disember lalu apabila keluarganya tidak dapat menyelesaikan tunggakan bayaran bil rawatan gadis itu.

Yan, gadis yang dulunya ceria tetapi berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka mengurungkan diri kecewa setelah janji kosong dari ibu dan bapa Rukun untuk membiayai pembedahan plastik bagi membetulkan rupanya tidak ditunaikan.




Tetapi, nasib keluarga malang itu terbela apabila kisah gadis malang itu mendapat liputan meluas di negara tersebut setelah Chong menyiarkan kisah mereka ke dalam sebuah akhbar tempatan, Sina Weibo.

Ekoran dari itu, seorang peguam, Li Zhixian ditugaskan untuk membantu membela nasib keluarga malang itu selain mendapatkan tuntutan yang sepatutnya mereka terima.

Menurut peguam yang mewakili Yan, Rukun berkemungkinan menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau pun hukuman mati kerana melakukan jenayah bunuh dengan niat sengaja.

Tao Rukun telah ditangkap oleh polis Hefei pada 18 September, sehari selepas serangan itu, dan ditahan di Pusat Tahanan Pertama di Hefei.

Bapa Rukun kemudiannya menghantar surat memohon maaf kepada akhbar yang sama dan berkata beliau akan melakukan segala perkara yang boleh bagi membantu Yan dan akan menerima penghakiman undang-undang ke atas anaknya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

-Sumber-





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?