Tahukah Anda!!?- " Kaum Maya "






Kaum Maya merupakan penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah yang kaya dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun. Maya merupakan sebahagian daripada kebudayaan Pra-Colombia Mesoamerika. Bertentangan kepada dongeng popular, Orang Maya tidak pernah hilang walau berjuta-juta orang Maya masih hidup di kawasan ini. Ramai daripada mereka masih bertutur dalam salah satu keluarga bahasa Maya




Maya terkenal dengan piramidnya, dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi yang dari itu terhasil kalendar Maya yang penuh rahsia ini. Kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada dibumi sampai sekarang. 



     


Pada sistem haribulan di dalam kalendar Maya ini, para pengkaji telah menemui satu perkara yang aneh di mana kalendar ini berakhir pada tarikh 21 Disember 2021 Masehi. Kalendar ini bermula pada tahun 3113 Sebelum Masehi dimana kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun. 


                                       


Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari. 19 kin atau 19 hari bersamaan 1 uinal. 359 hari = 1 tun. 7,200 hari = 1 katun. 144,002 hari = 1 baktun. 1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian). 2,880,025 hari = 1 piktun dan 57,600,025 hari =1 kalabtun. Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?