BERITA!!? - " Kereta kedutaan Israel meletup "








NEW DELHI - Sebuah kereta milik kedutaan Israel meletup di ibu kota India di sini semalam menyebabkan dua orang cedera manakala punca letupan masih disiasat, kata polis.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, dua orang cedera apabila kereta tersebut meletup.

Kenderaan itu yang diletakkan di sebatang jalan berhampiran kedutaan Israel di pusat bandar raya ini rentung akibat letupan.

Seorang anggota polis yang ditemui di lokasi kejadian, Vinod Tokas memberitahu, kereta berkenaan memiliki nombor plat diplomatik.

Sementara itu di Baitulmuqaddis, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyalahkan Iran berhubung serangan terhadap staf kedutaan di India dan Georgia, yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang cedera, seorang daripada mereka ialah wanita Israel.

"Iran bertanggungjawab melakukan serangan-serangan ini. Negara itu merupakan pengeksport keganasan terbesar di dunia," kata Netanyahu kepada anggota-anggota Parti Likud pimpinannya.

Pemimpin Israel berkenaan memberitahu, terdapat beberapa percubaan untuk mencederakan warga Israel dan orang Yahudi sejak beberapa bulan lalu di tempat-tempat seperti Thailand dan Azerbaijan dengan siri serangan tersebut diselaraskan oleh Teheran dan kumpulan Hezbollah di Lebanon.

"Dalam semua serangan ini, pihak yang bertanggungjawab ialah Iran dan proksinya, Hezbollah," kata Netanyahu.

Menurutnya, Israel akan meneruskan tindakan tegas untuk mematahkan keganasan antarabangsa yang datang dari Iran.

Kenyataan tersebut dibuat sejurus selepas sebuah kereta di luar kedutaan Israel di New Delhi meletup dengan menyebabkan dua orang cedera.

Dalam satu kejadian berasingan, Kementerian Dalam Negeri Georgia mengesahkan bahawa polis di ibu negara berkenaan, Tbilisi telah mematikan sebuah bahan letupan yang ditemui di dalam sebuah kereta milik seorang kakitangan kedutaan Israel.
 
-Sumber kosmo 
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?