Hahh!!? - " Gambar Bogel Majalah Playboy Lindsay Mencatat Sejarah "






Majalah Playboy yang memaparkan gambar bogel Lindsay Lohan telah memecahkan rekod penjualan tertinggi dalam sejarah.

Sehingga kini belum ada laporan mengenai jumlah yang dicatatkan tapi yang pastinya taukehnya, Hugh Hefner sendiri telah mengesahkan melalui akaun Twitter rasminya;

The Lindsay Lohan January-February Double Issue is breaking sales records"
Berkonsepkan bintang terkenal Hollywood, mendiang Marilyn Monroe, gambar kulit depan majalah itu memaparkan Lindsay beraksi duduk bersahaja di atas sebuah kerusi dan tubuhnya hanya ditutup dengan patung arnab, ikon majalah tersebut.

Kulit depan majalah itu juga berlatar belakangkan warna merah terang di mana Lindsay turut memakai gincu berwarna merah dibibirnya, seolah-olah meniru warna gincu yang dipakai oleh bintang ‘simbol seks’ terkenal di era tahun 50’an itu.


Lindsay dikatakan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta bagi sesi pergambarannya dengan majalah yang diharamkan di Malaysia itu dan ini merupakan sesi pergambaran kali keduanya setelah Playboy kurang berpuas hati pada sesi pertama.

Ibu pelakon itu, Dina Lohan, dilaporkan menyokong penuh keputusan Lindsay bergambar bogel di majalah itu dan menyifatkannya sebagai satu peluang untuk anaknya itu.

“Ia merupakan peluang kepadanya (Lindsay) dan dia pernah bergambar untuk beribu-ribu kulit depan majalah, ini adalah salah satu darinya sahaja…(lagipun) dia sudah berumur 25 tahun sekarang.

“Keputusan ini dibuat oleh dirinya sendiri..mereka punya kontrak mengenainya dan sejauh mana ia akan pergi ianya bergantung kepada Lindsay dan Hefner yang menentukan,” katanya lagi.

Lindsay, 25, merupakan antara selebriti Hollywood yang paling berprofil tinggi dan sering dilanda kontroversi-kontroversi panas, dari insiden tertangkap mencuri di sebuah pusat membeli belah sehinggalah tabiat ketagihan dadahnya yang teruk – Oleh SYAHRIL A. KADIR


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?