Mohd. Ifendi, Hazirah
Hasrat seorang lelaki untuk menziarahi bekas kekasihnya sempena Hari Raya Aidilfitri, bertukar tragedi apabila dia cedera parah akibat ditetak sehingga hampir putus pergelangan tangannya yang dipercayai gara-gara cemburu buta.
Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun mengunjungi rumah dipercayai bekas kekasihnya berusia 22 tahun di Flat Sri Melaka, di sini 1 Syawal lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang, gadis itu turut ditemani oleh seorang lelaki disyaki kekasihnya yang berusia 30 tahun lalu berlaku pertengkaran antara mereka.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek lalu mengambil pedang Samurai di dalam rumah itu lalu menetak tangan kiri mangsa.
“Suspek dan gadis itu kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa sejurus selepas kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.
macam ni pn ada ka...mmg gila la...haish....bahaya la dunia sekarang....ada yang bakar kekasih....dan macam2 lg la...
ReplyDeleteBahayanye dpt kekasih yg pns baran mcm tu. Tp slh bekas kekasih tu jugak, wat pe lah dye terhegeh-hegeh nk beraya kt sna. Mcm x da rumah lain jew.
ReplyDeletemcm xdr rumah lain jek iskh3
ReplyDeletesekarang ni orang banyak simpan pedang samurai untuk pertahankan diri ke atau nak bunuh orang?
ReplyDelete