Berita!!? - RM100,000 Ditipu Oleh Pegawai Bank Negara
Seorang peniaga berusia 33 tahun kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari angkara tindakan seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara.
Pegawai Penyiasat Polis Limbang, Inspektor Kantharuban Rajoo berkata, mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu telah menerima panggilan dari wanita tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan pada petang Isnin lepas.
Wanita itu menyatakan bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796 dan pembayaran perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan akaun-akaun lain mangsa dibekukan oleh Bank Negara.
"Walaupun mangsa tidak pernah memiliki kad kredit tersebut namun mungkin atas sebab panik, pembayaran dilakukan pada hari yang sama.
"Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan untuk meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank milik mangsa ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku," kata Kantharuban di sini hari ini.
Kantharuban berkata, mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000 setelah menerima panggilan tersebut ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.
Tetapi apabila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai yang mempunyai nama berkenaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment