Berita!!? - Nabi Palsu Di Rusia Didakwa




Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai nabi bersama empat pengikut kuatnya didakwa melakukan kekejaman terhadap kanak- kanak, kelmarin.

Faizrakhman Satarov, 83, dituduh melakukan kesalahan itu susulan daripada penemuan 65 pengikut ajaran sesat termasuk 27 budak yang dikurung di dalam bilik sempit bawah tanah setinggi lapan tingkat di rumahnya dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa.

Timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova berkata, bekas imam di wilayah Bashkortostan itu turut mengamalkan ajaran sesat bertentangan dengan agama Islam.

"Satarov turut mengisytiharkan rumahnya sebagai sebuah 'negara' Islam bebas dan dia tidak mengiktiraf undang-undang Rusia. Dia juga menyuruh kira-kira 70 pengikutnya untuk tinggal di bilik bawah yang turut dibina menara kecil berserta lambang bulan sabit pada awal tahun 2000," katanya lagi.

Difahamkan, hanya beberapa pengikutnya dibenarkan untuk keluar bekerja sebagai peniaga di pasar tempatan manakala puluhan ahli lain kumpulan itu terpaksa bersesak-sesak di dalam bilik sempit yang tidak dilengkapi bekalan elektrik dan sistem pengudaraan.

Sementara itu, kesemua kanak-kanak yang dibebaskan tersebut kini ditempatkan di hospital tempatan sebelum dihantar ke rumah anak yatim bagi memantau tahap kesihatan mereka.



-Sumber-

1 comment:

  1. Masih ada sja ya...

    mangkin lama mangkin jadi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?