Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya. seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu. Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk bertahan lama ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Sueprintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam. Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik. Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.
Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam, katanya kepada pemberita di sini, semalam. Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks. Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
***********************************
Tak tahulah lelaki tu beragama apa. Bagaimana kalau terjadi kepada yang beragama islam? Tiada apa yang lebih memalukan selepas terbaca berita ini. Bulan Ramadhan sepatutnya iblis dan syaitan dirantai, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup serapatnya. Umat Islam diberi peluang tanpa gangguan makhluk ini. Tapi ada jugak yang tidak dapat melawan syaitan nafsu. Apa yang lebih hebat lagi adalah terus ingkar dengan melakukan perkara yang di anggap kononnya menjadi yang terhebat. Akibat menunjukkan kehebatan, maka di ambil nyawanya ketika sedang berzina di bulan puasa.
Sudahlah tidak puasa, berzina pula. Sudahlah berzina, makan pula ubat kuat untuk nak tunjuk hero dalam pertarungan seks. Sudahlah makan ubat, sapu pula arak satu tin. Sangat memalukan. Menyedihkan? Bagi aku tak sedih sama sekali. Malu lagi ada. Cuba anda bayangkan bagaimana Malaikat maut menjemputnya ketika waktu itu pada bulan mulia ini. Bagi aku ini yang menyedihkan. Semoga kisah ini menjadi juga pedoman kepada yang lain. Setiap orang boleh dijemput kembali pada bila-bila masa. Kalau dalam keadaan baik. baiklah ia. Begitu juga sebaliknya.Wallahualam.
-Sumber-
Mati su'ul khatimah
ReplyDelete