Pelik!!? - Labu Air GERGASI



Seorang pesara berjaya membesarkan beberapa biji sayur labu air sehingga bersaiz gergasi di kawasan kebun rumahnya di Llanharry,

Pesara itu, Phil Vowles, 65, telah membesarkan sayur labu air gergasi tersebut sehingga mencecah berat 54 kilogram dalam tempoh hanya lima minggu.

Vowles menjelaskan, pembesaran sayur labu air itu dilakukan menggunakan teknik pendebungaan silang khas.

Dia juga terkejut dengan kepantasan sayur labu air tersebut membesar melalui teknik pendebungaan berkenaan.

Vowles dipercayai pernah memegang rekod untuk timun paling berat di dunia dengan catatan 8.34 kilogram.

"Sangat luar biasa untuk sayur itu membesar dengan cepat. Ia merupakan sayur labu paling besar saya pernah hasilkan.

"
Saya terpaksa meminta bantuan anak saya untuk mengangkatnya," katanya.

Berasal dari Llanharry, South Wales, Vowles berharap labu airnya mampu mencecah berat 68 kilogram dan memperoleh satu lagi rekod dunia.










1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?