WoW!!? - Bakar Kemaluan Lelaki Menjadikan Wanita Ini Hero





Seorang wanita Greece, Marina Fanouraki dipuji sebagai wirawati kerana membakar kemaluan seorang pelancong lelaki Britain


Mendakwa berbuat demikian bagi mempertahankan dirinya, Fanouraki, 26, kemudian menyerah diri kepada polis berhubung insiden itu yang berlaku
di Bar Electra di Pulau Crete.

Fanouraki dihadapkan ke sebuah mahkamah majistret semalam bagi menentukan sama ada dia akan dibicara kerana mendatangkan kecederaan dan merosakkan harta persendirian.

Menurut beberapa laporan, hampir seluruh badan termasuk kemaluan mangsa yang berusia 20 tahun, Stuart Feltham (gambar kecil) melecur teruk selepas Fanouraki mencurahkan arak ke badan mangsa dan memulakan kebakaran dengan pemetik api.

Gadis berkenaan mendakwa dia berbuat demikian selepas berulang kali merayu supaya Feltham berhenti mengganggunya tetapi tidak diendahkan oleh pemuda tersebut.

Mangsa kini dirawat di sebuah klinik di bandar Heraklion susulan insiden itu yang berlaku pada Rabu lepas itu. – Agensi 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?