CooL - " Istana daripada 600,000 Kotak Rokok "





Wang Guanyi , 46 tahun dari LongnanChina, telah membina sebuah replika istana menggunakan lebih daripada 600,000 kotak rokok.Wang adalah seorang yang terkenal di China kerana dia begitu taksub untuk mengumpul kotak rokok.Dia mula mengumpul kotak rokok pertamanya ketika berusia tujuh tahun. Dia tertarik dengan warna-warna dan imej yang di cetak pada kotak rokok, dan terus mengumpulnya sehingga jumlahnya mencecah 600,000 buah.

Akibat jumlah kotak rokok yang terlampau banyak,Wang mula mendapati rumahnya tak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan semua koleksi kotak rokoknya.Wang mula mendapat idea untuk membina istana daripada kotak rokok bila dia melihat satu news di TV tentang seorang lelaki yang membina sebuah rumah daripada botol wain.Dan ini mencetus idea Wang untuknya membina istana kotak rokok.

Wang mengambil masa kira-kira sebulan untuk create Istana setinggi 30 kaki.Istana Wang ini dibina 100% daripada koleksi 600,000 kotak rokoknya yang berwarna-warni. Istana Wang ini adalah 6.06m panjang, lebar 4.68m dan 1.68m lebar.Wang Guanyi telah menerima perakuan dari Pejabat Rekod China yang mengiktiraf istana wang sebagai Istana daripada bekas rokok terbesar di dunia.

Tapi malang bagi wang,akibat daripada kos bangunan untuk meletakkan istananya terlalu tinggi,wang telah merobohkan istananya sebaik sahaja disiapkan.Wang kini dalam perancangan untuk membina dua tingkat muzium daripada 1,00,000 kotak rokok yang mampu memuatkan 300 orang.Good Luck Wang! 








-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?