What!!? - Lelaki OKU Dipenjara Cuba Curi Radio Kereta





Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba mencuri sebuah radio kaset kereta minggu lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Choong Fook Soon menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac lepas.


Choong, 37, didakwa cuba mencuri radio kaset yang dipasang pada kereta milik Mohd Khairi Mohd Nor, 33, di Jalan Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa, Off Jalan Klang Lama di sini pada 10 malam, 9 Mac lepas.

Choong yang mengalami kecacatan fizikal pada badannya dan tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah yang sama, seorang wanita dipenjara sehari dan didenda RM500, jika gagal bayar boleh dipenjara sebulan, selepas mengaku bersalah mencuri lampin pakai buang di sebuah pasar raya

-Sumber-




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?