CooL!!? - MetaCookie+ - Kaca Mata Diet




Seorang profesor bernama Machitaka Hirose dari Universiti Tokyo, Jepun, telah mencipta satu alat baru yang mampu mengawal tabiat pemakanan bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk menghadkan kuantiti pengambilan makanan.


Alat tersebut adalah prototaip dua kaca mata untuk 'menipu' otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Difahamkan, fungsi kedua-dua alat tersebut adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.


Salah satu daripadanya dipanggil "MetaCookie+" yang dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebanrnya ia hanyalah khayalan semata-mata.

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan.

Menurut hasil kajian sains dari Syarikat Yumetai mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia.


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?