Terbaik!!? - Taktik Seludup iPhone Dari Hong Kong Ke China



Produk Apple iaitu iPhone 4S telah menjadi satu masalah penyeludupan yang serius di China. Difahamkan, peranti itu dijual lebih murah di Hong Kong berbanding di China kerana caj cukai dan pertukaran mata wang berlainan di kedua-dua tempat itu. 

Penyeludup cuba untuk membuat duit dengan mudah dengan cara membeli peranti tersebut di Hong Kong dan menjual semula di China. Namun, cara itu mudah dihidu oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber, pelabuhan Luohu Shenzhen adalah salah satu kawasan panas (hotspot) yang menjadi tempat penyeludup-penyeludup untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh polis. Kira-kira 250 ribu orang pelancong melalui di pelabuhan itu setiap hari.

Sejak awal tahun ini, lebih 3,000 telefon bimbit telah disita dan polis menerima sebanyak 231 kes berhubung penyeludupan tersebut.

Melihat video dibawah, seorang lelaki cuba untuk meloloskan diri daripada sekatan pihak kastam, bagaimanapun dia ditahan selepas didapati bersalah cuba menyeludup hampir 30 buah iPhone yang diikat pada pinggang dan pergelangan kaki beliau.




-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?