Pelik!!? - Huug Bosse Tidak Berhenti Ketawa Selepas Menjalani Pembedahan Pinggul




Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu. Sejak dari itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa! Kejadian itu mula disedari setelah dia sukar untuk menahan ketawa.

Walaupun isterinya naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa. Malah, ketika isterinya marah, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.

Sehingga kini pakar perubatan masih '
kebingungan' dengan keadaan Boose tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.




Namun, ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa. Bukan itu saja, dia juga akan menitiskan air mata - iaitu ketika lagu kebangsaan Belanda dimainkan. Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.

Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut. Menurut isterinya lagi, tabiat suka ketawa Bosse membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.

Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa? "
Ketawa itu kan normal," kata Bosse sebelum kembali ketawa




-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?