Berita!!? - Lelaki Ais Tidak Mati Selepas Dipanah




Beberapa saintis yang membuat kajian terhadap mayat seorang lelaki ais berusia 5,300 tahun yang ditemui di utara Itali mendapati dia tidak mati sejurus selepas belakang badannya ditusuk sebilah anak panah.

Kumpulan saintis itu membuat kesimpulan itu setelah mereka menggunakan teknologi forensik untuk menganalisis darah beku lelaki tersebut.

Mereka berkata, lelaki tersebut yang diberi nama Oetzi tidak mati akibat luka terkena panah seperti dinyatakan dalam satu teori berhubung kematiannya.

Penemuan baharu tersebut dilaporkan dalam penerbitan Journal of the Royal Society Interface yang disiarkan kelmarin.

Sepasukan saintis diketuai oleh Albert Zink dari Universiti Ludwig Maximilian di Munich, selatan Jerman telah menggunakan kaedah berskala nano bagi mengkaji darah Oetzi yang diawet selama beberapa ribu tahun dalam cuaca sejuk beku di Banjaran Alps.

Menggunakan mikroskop atom yang berupaya melihat imej bersaiz beberapa nanometer, mereka menemui sejumlah sel darah merah yang sihat termasuk hemoglobin dan fibrin pada luka di belakang Oetzi.

Hemoglobin dan fibrin merupakan komponen utama dalam darah beku.

"Ekoran terdapat fibrin dalam luka baharu sebelum ia lupus, teori yang menyatakan Oetzi mati sejurus selepas dipanah dan bukan beberapa hari selepas kejadian itu, kini tidak lagi boleh diterima," kata Zink.

Mayat Oetzi ditemui oleh dua pendaki Jerman pada September 1991 di kawasan Alps Oetztal di Tyrol Selatan, utara Itali pada ketinggian 3,210 meter dari aras laut.

Kajian menunjukkan Oetzi yang setinggi 1.6 meter dan berat 50 kilogram itu mati ketika berusia sekitar 45 tahun



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?