LoL!!? - Sekolah Salah Eja Nama Sendiri




Memalukan. Selepas hampir sembilan tahun, barulah sekolah Sunrise McMillian menyedari ia tersilap mengeja nama sekolah sendiri dengan menambah perkataan i pada nama McMillian.

Sepatutnya ia dieja dengan nama McMillan, iaitu sempena nama seorang guru wanita, Mary McMillan yang kemudian dilantik sebagai pengetua sekolah terbabit.


Nama McMillan ditambah pada sekolah terbabit pada 2003-2004.

Kesilapan itu disedari selepas saudara-mara McMillan menghubungi pihak sekolah dan memaklumkan mengenai penggunaan tambahan perkataan i pada nama guru wanita itu.

Susulan itu, pihak sekolah terpaksa membetulkan ejaan nama pada semua benda termasuk risalah, banting, poster, laman Facebook sekolah dan piala.

Malah kesilapan itu juga terpaksa dibetulkan dalam peta Google.

Namun ia berdepan kesukaran untuk memadamkan nama lama memandangkan banyak kad perniagaan dan sijil sekolah telah dicetak dengan nama yang salah.

Bagi guru-guru dan pelajar pula, mereka berdepan kesukaran untuk menyebut nama baru selepas sekian lama membiasakan diri menyebut perkataan McMillian.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

Pihak sekolah juga tidak memaklumkan kos yang terpaksa ditanggung bagi membetulkan semula ejaan berkenaan, namun ia memberitahu, pihak pengurusan sedang menggunakan semua sumber yang ada bagi membetulkan nama tersebut.



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?