Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.
Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia ini.
Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
No comments:
Post a Comment