Trajedi!!? - Janda Tewas Oleh Duda



Tewas dibuai dengan kata-kata indah teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sembang, seorang wanita berusia 44 tahun berputih mata selepas kerugian RM5,000 apabila diperdaya lelaki terbabit kononnya mengalami kesempitan wang.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang tidak sampai sebulan, namun dia terpedaya dengan rayuan dan rintihan lelaki terbabit kononnya kesusahan.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang sebaya dengan mangsa mendakwa anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom terbabit dalam kemalangan dan memerlukan wang segera untuk membayar deposit masuk hospital.



Katanya, perkenalan mangsa dengan lelaki itu melalui laman sembang bermula awal Jun lalu apabila lelaki itu mendakwa dia duda dan bekerja di satu pelantar minyak di Bintulu, Sarawak.

“Selepas berhubung selama beberapa minggu, mangsa mendakwa ketika bersembang lelaki itu menyatakan hasrat untuk meminjam wang atas alasan kecemasan kerana anaknya terbabit kemalangan di luar negara.

“Disebabkan lelaki terbabit bekerja di pelantar minyak, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu anaknya dan meminta bantuan mangsa serta berjanji akan membayar wang yang dipinjam selepas pulang ke Bintulu pada awal Julai,” katanya.

Sumber berkata, tanpa menyedari ia helah teman lelakinya, mangsa mempercayainya lalu bersetuju meminjamkan wang RM5,000 itu.

Mangsa kemudian memasukkan wang ke dalam agensi perkhidmatan pemindahan wang ke luar negara atas nama seorang lelaki kononnya rakan kepada anak lelaki terbabit.

“Selepas menunggu beberapa hari dari tarikh yang dijanjikan untuk membayar semula wang berkenaan, mangsa mendapati lelaki terbabit tidak lagi muncul dalam talian laman sembang terbabit.

“Malah, usaha menghubungi lelaki terbabit melalui kiriman e-mel juga tidak berhasil apabila alamatnya dipadam manakala telefon bimbitnya tiada liputan,” katanya.

Mangsa hanya menyedari perwatakan romantis lelaki terbabit lakonan semata-mata apabila ditipu selepas wang diberikan lesap. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?