Bodoh!!? - Gambar Suspek Lelaki Bakar Kekasih



Ini adalah gambar suspek lelaki kes bakar Nurul Firzanah dipercayai dilakukan oleh teman lelaki sendiri Mohd Amir Bin Mohd Anuar di wangsa maju.

Memang sungguh kejam apabila kekasih sendiri sanggup membakar mangsa yang baru saja berusia 16 tahun. Menurut laporan, mangsa dikatakan keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu sebelum disimbah petrol dan dibakar sehinggakan 25 peratus badan mangsa melecur.

Bapa mangsa,
Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu
Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. Polis juga telah menyebarkan gambar suspek yang berumur 19 tahun.


Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR

Umur : 19 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?