Hahh!!? - Budak 14 Tahun Bakar Al - Quran



-Gambar Hiasan-


Doktor dan pegawai kerajaan didakwa 'berpihak' kepada seorang remaja perempuan beragama Kristian yang dituduh membakar al-Quran, menurut peguam kepada pihak yang mengemukakan dakwaan itu, semalam.

Remaja tersebut bernama Rimsha, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.

Satu laporan perubatan yang dikemukakan pada awal minggu ini menyatakan, Rimsha, 14, masih tidak mampu berfikiran matang dengan keadaan mental yang tidak sejajar dengan umurnya.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan ringkas kes itu semalam, peguam tersebut, Rao Abdur Raheem menolak laporan doktor terbabit.

"Remaja tersebut mengaku membakar satu juzuk al-Quran.

"
Doktor dan pegawai kerajaan berpihak kepadanya,'' katanya di luar mahkamah di sini.

Raheem juga menolak laporan perubatan tersebut kerana ia dilakukan sehari sebelum mahkamah mengarahkannya secara rasmi.

Hakim Raja Jawad Abbas Hassan menunda kes tersebut sehingga Sabtu ini bagi mendapat penjelasan laporan perubatan itu.

Kes Rimsha menjadi perhatian kerajaan Barat dan pihak gereja selain aktivis hak asasi manusia memberi amaran undang-undang penghinaan terhadap Islam itu sering digunakan untuk kepentingan peribadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?