Berita!!? - Israel Mahu Kedai Hitler Di Tutup




Israel mengadu kepada pentadbiran tempatan negeri Gujarat berhubung sebuah kedai pakaian lelaki yang menggunakan nama Hitler. Konsul Jeneral Israel di bandar Mumbai, Orna Sagiv berkata, beliau meminta para pegawai negeri itu kelmarin untuk campur tangan bagi membolehkan nama kedai tersebut diubah.

Menurutnya, beliau cuba menjelaskan betapa seriusnya isu penggunaan nama tersebut. Kedai itu dibuka pada bulan lalu. Papan perniagaan kedai tersebut tertera nama Hitler. Pemilik kedai tersebut menyatakan beliau tidak mengetahui sejarah Hitler apabila nama itu dicadangkan oleh seornag rakannya. Datuk rakannya itu mempunyai nama jolokan Hitler. Hitler yang nama penuhnya Adolf Hitler merupakan pemimpin Nazi Jerman yang mengarahkan pembunuhan ramai kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?