Hahh!!? - Lelaki Cina Telan Berlian RM43675



Seorang lelaki Cina ditahan kerana cubaannya untuk mencuri dan dibawa ke hospiyal untuk mendapatkan satu dos julap pada Rabu selepas menelan sebutir berlian bernilai hampir AS14,000 (RM43,675) di pameran batu permata di Sri Lanka.

Menurut polis, seorang lelaki berusia 32 tahun telah bertanyakan kepada pemilik premis untuk memeriksa secara rapi terhadap berlian itu pada hari pembukaan Batu Permata Sri Lanka, satu acara barangan kemas tahunan di ibu negara Colombo. “Dia telah mengambil batu berlian itu daripada kabinet pameran dan dikatakan mahu menilai dan tiba-tiba memasukkannya ke dalam mulut,” kata seorang anggota polis di tempat kejadian.

Pemilik premis menyedarinya dan memberitahu kami,” kata beliau, sambil menambah bahawa lelaki itu telah ditahan dan dibawa ke Hospital Kebangsaan Colombo untuk memberikan julap. Jurucakap di hospital itu berkata, sinar-X telah diambil dan para pegawai meletakkannya di bawah pemerhatian. “Saya percaya sinar-X telah mengesahkan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah batu. Lelaki itu telah mengambilnya dan dia kini di bawah pemerhatian polis,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?