Berita!!? - Bercakap Semula Selepas 20 Tahun





`Saya sayangkan mak’ itu ungkapan pertama yang didengari oleh Diane Franklin, 61 tahun daripada anaknya, Simon Ellis, 37 selepas 20 tahun.

Ini kerana, Simon menjadi lumpuh pada usia 18 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan. Sejak itu dia tidak boleh lagi berjalan dan bertutur.

Namun ungkapan berkenaan amat menggembirakan Diane yang sama sekali tidak menyangka dia akan mendengar anaknya bercakap semula.


Ia adalah satu keajaiban. Saya sangat gembira dengan keajaiban ini terutama selepas doktor memaklumkan Simon tidak boleh bertutur untuk selama-lamanya,” katanya.

Simon kini diletakkan di pusat pemulihan di Sue Ryder di Ipswich dan di sana dia mendapat bantuan pakar untuk pemulihan semula.

Selama ini kami hanya berkomunikasi dengan Simon dengan menggunakan kad. Dia kini suka bercakap malah setiap kali kami datang melawatnya, orang-orang di sini memaklumkan Simon bertutur perkataan baru setiap hari,” katanya dalam nada girang.

Dalam pada itu, pengurus pusat berkenaan, Laura Gill berkata, pihaknya amat gembira dengan perkembangan Simon.

“Simon kini amat gembira, hidupnya kembali ceria dan dia juga seorang yang kelakar"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?