Hahh!!? - Wanita Mempunyai Kaki Terbesar Di Dunia





Seorang wanita yang dikenali sebagai Mandy Sellar telah mengalami penderitaan berkaki besar sejak dia dilahirkan. Penderitaan ini telah menyebabkan kehidupannya sedikit sukar lebih-lebih jika mahu bergerak ke suatu tempat.

Artikel ini bukanlah untuk mengejek, apatah lagi mahu mencemuh. Tetapi ingin berkongsi rasa simpati terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Mandy Sellar 34 tahun seorang wanita british. Wanita ini mempunyai penyakitsindroma proteus iaitu kaki wanita ini akan bertumbuh dan akan membesar. 

Mandy Sellar telah menangung 34 tahun penyakit ini. Saiz kakinya sekarang berat 70 kg dengan ukuran panjang 41 cm, diameter telapak kakinya 89 cm, dan 71 cm pada bagian atas.




Sindroma ini sangat jarang ditemui. Tercatat hanya 120 orang yang menderita penyakit ini. Pada rancangan ‘The Tyra Show’, Mandy mengatakan pada Tyra Banks bahawa dia menghabiskan US$3.800 untuk memesan kasut. Kasut tersebut mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan .

Mandy Sellar juga pernah dijemput di stesen televisyen untuk berkongsi mengenai penderitaan yang dialami oleh beliau sejak kecil lagi. Bagi kita yang hidup normal ini perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan dengan cukup sifat.


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?