LoL!!? - Lori Surat Khabar Pun Kena Rompak




Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan 5,000 naskhah akhbar Kosmo! Ahad untuk edaran di Lembah Klang lesap dilarikan sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang di Jalan PJS 7, Bandar Sunway di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.40 pagi itu berlaku ketika pemandu lori, Rassdan Daud, 36, sedang memunggah akhbar Kosmo! Ahad untuk diletakkan di hadapan sebuah kedai yang menempah bekalan akhbar tersebut.

Semasa itu, kedai tersebut belum dibuka.

Bagaimanapun, Rassdan berkata, ketika dia sibuk memunggah akhbar tersebut tiba-tiba dia dihampiri dua lelaki bersenjatakan parang dari arah belakang.

“Bimbang dicederakan, saya terus melarikan diri menuju ke hadapan lori namun sekali lagi saya terkejut apabila muncul seorang lagi suspek juga bersenjatakan parang yang sudah menunggu di hadapan lori.

“Saya yang cemas terus melarikan diri ke seberang jalan tanpa sempat mengambil telefon bimbit dan dompet yang berada di dalam lori,” cerita Rassdan ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?