Gadjet!!? - IKEA Cipta Kamera Digital Guna Kertas Cardboard





Pada yang minat photography, seni foto dan juga mengambil gambar, korang lepas ni tak payah risau kerana korang ada pilihan untuk membeli dan menggunakan Kamera Digital ciptaan IKEA.

Mungkin ia tidak sebagus Nikon D4 atau Canon Mark III tetapi semestinya kamera digital IKEA ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Tengok dari segi design pun nampak unik.

Khabarnya kamera digital IKEA ni menggunakan kuasa 2 bateri bersaiz AA dan punya pemetik untuk tujuan mengambil gambar. Namun begitu masih belum ada maklumat berkenaan maklumat penuh tentang kamera digital kertas ini. Berapa megapixel? Guna external memory atau tidak dan cara untuk memindahkan gambar digital yang sudah diambil.

Ada info yang mengatakan kamera ini boleh mengambil sehingga 40 keping gambar, tetapi tidak dinyatakan saiz gambar tersebut.

Harap harap kamera ni akan di jual di IKEA Malaysia.



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?