LoL!!? - Pembaca Berita Tertelan Nyamuk Ketika Berita Ke Udara




Ketika siaran berita sedang ke udara (on air) dan sedang ditonton oleh ribuan penonton di kediaman masing-masing, seorang pembaca berita dari sebuah stesen tv yang terkenal Taiwan, bernama Huang Ching tertelan seekor nyamuk ketika sedang membaca berita.


Nyamuk tersebut dilihat terbang masuk ke dalam mulut Huang Ching dan Huang Ching tertelan ke dalam tekaknya. Akibatnya, dia yang mempunyai penyakit asma, rebah di situ juga.

 Walau bagaimanapun, pihak stesen tv berjaya mengisi siaran berita yang tergendala itu dengan siaran iklan agar tidak timbul kepanikan oleh mana-mana pihak. Huang Ching lantas dibawa ke hospital kerana serangan asma tersebut. Nafasnya menjadi sesak kerana tersekat oleh nyamuk itu tadi. Huang Ching dirawat di hospital hingga dia benar-benar sembuh.





-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?