Seorang wanita Arab yang baru sahaja mendirikan rumah tangga meminta cerai dari suaminya selepas dia mendakwa telah dipukul teruk oleh suaminya hanya kerana menukar siaran televisyen kegemaran suaminya.
Wanita itu telah memberitahu suaminya bahawa dia sudah "bosan" dengan rancangan Ghinwa
TV kegemaran suaminya itu yang memaparkan lagu-lagu dan tarian dari wanita-wanita muda Arab.
Menurut sebuah portal berita online Kabar Arabic daily, wanita itu memberitahu suaminya untuk menukar siaran TV, tetapi suaminya memberi amaran untuk mematahkan tangannya sekiranya dia berani berbuat demikian.
Menyangkakan bahawa suaminya itu sekadar bergurau, dia merampas alat kawalan siaran jarak jauh (remote control) dan mengubah kepada siaran TV kepada saluran lain.
Malang sekali apabila suaminya yang berang terus memukul dan benar-benar mematahkan tangannya. Wanita tersebut memfailkan tuntutan cerai selepas dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital.
-Sumber-
No comments:
Post a Comment