Sadis!!? - Mangkuk Tandas Meletup, Seorang Cedera





Seorang lelaki cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini berkecai akibat berlaku satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, mangsa,Muhd Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke  Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"
Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat menikut Akta Bagan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata berbahaya 1958.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasaran Negara Berhad, Azhar Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis yang menyiasat kejadian itu dan ia sama sekali tidak menjejaskan operasi LRT di stesen berkenaan.



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?