Pasir Mas: Pelbagai gelaran diberikan kepada seorang pemuda dan yang paling aneh sekali dia digelar “makhluk asing” namun pemuda yang bernama Mohd Izanuddin Hisham Muhamad , 24, dari Kampaung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama ini tetap semangat untuk meneruskan kehidupannya.
Menurutnya kejadian yang menyebabkan dia jadi sebegitu berlaku pada tengah hari jumaat pada 2009 telah mengubah hidupnya sekelip mata. Kejadian ni berlaku semasa dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, katanya dalam perjalanan dari kuala krai ke tanah merah sebuah kereta Honda Jazz yang dipandu oleh seorang warga thailand cuba memotong kereta lain namun gagal lalu merempuh motosikalnya.
Akibat pertembungan itu helmetnya terbelah dua, dan beliau dikatakan telah koma hampir tiga bulan. Dan apabila sedar dari koma dia dapati tempurung dikepalanya dibuang akibat hentakkan semasa kemalangan tersebut.
Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.
Sehubungan itu, Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.
-Sumber-
No comments:
Post a Comment