Berita!!? - Hidup merempat selepas kemalangan




Masalah kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu di sini hampir setiap hari hanya mampu menghidangkan nasi berlauk telur yang dibahagi empat kepada empat anaknya.

Lebih perit, pasangan suami isteri, P. Sugendran, 23, dan M. Amutha, 23, serta empat anaknya yang berusia antara dua hingga enam tahun dari Taman Kesidang di sini juga menunggu masa untuk dihalau keluar oleh pemilik rumah sewa yang didiami mereka sekeluarga.

Ia berikutan sudah enam bulan pasangan berkenaan gagal melunaskan bayaran sewa rumah berjumlah RM250 sebulan.

Keluarga tersebut ditimpa kesempitan hidup selepas Sugendran terlibat dalam kemalangan jalan raya di Malim dekat sini kira-kira setahun lalu dan mengalami kecederaan pada kaki.

Menurut Amutha, sejak itu, suaminya yang bekerja sebagai buruh menurap jalan dengan pendapatan RM700 sebulan sering bercuti sakit apabila mengalami kekejangan pada kaki kanannya menyebabkan pendapatannya tidak menentu.

-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?