Berita!!? - K-Pop mahu kuasai dunia?





Selepas melonjak popular di Asia, generasi muda bintang pop Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop kini berusaha menakluki dunia dengan muzik mereka.

Sejumlah bintang Korea Selatan itu pernah membuat persembahan pentas di London dan New York.

Seorang pakar senario muzik Asia, Steve McClure berkata, dia percaya K-Pop memiliki peluang lebih cerah menembusi pasaran dunia berbanding muzik pop Jepun.

Menurut McClure, berbanding Jepun, pasaran muzik di Korea Selatan terhad dengan sebahagian besar pendapatan penyanyinya dikawal firma telekomunikasi tempatan yang menaja mereka.

Justeru, katanya, penyanyi Korea Selatan lebih fokus untuk mencari pasaran di luar negara untuk menambah pendapatan mereka.

Contoh terbaik ialah kumpulan K-Pop ialah Girls Generation apabila 500,000 unit album pertama mereka dijual di Jepun.

Selain itu, menurutnya, bintang K-Pop bersikap lebih profesional dan menghasilkan muzik lebih baik daripada pesaing mereka dari Jepun




-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?